SLEEPING MASK ?

SLEEPING MASK🌚



Hai semua !❤ Mesti awak semua pernah dengar tentang Sleeping Mask kan? Ya Sleeping Mask merupakan salah satu skincare product yang sangat popular terutamanya dalam dunia KBeauty.😊 Salah satu Sleeping Mask yang sangat popular di pasaran ialah Laneige Water Sleeping Mask. Harini Sya nak cerita tentang Sleeping Mask sebab kebanyakkan orang tak tahu cara nak menggunakan dan kelebihan Sleeping Mask!😘

↪Sebelum Sya terangkan dengan lebih lanjut jom kita baca tentang APA ITU SLEEPING MASK?

💧- Sleeping Mask adalah produk yang telah dirumus khas sebagai langkah terakhir ketika melakukan skincare routine
💧- Ia telah direka untuk mengekalkan hydration pada kulit 
💧- Mempunyai bahan aktif yang banyak dan memberikan pelbagai manfaat kepada kulit
💧- Sangat bagus dalam memberikan kelembapan yang berpanjangan dan sering digunakan bersama antioksidan agar kulit berseri dan segar pada waktu pagi

* Sleeping Mask ni mempunyai pelbagai kelebihan kepada kulit tapi sebelum tu kita kena tahu beberapa perkara asas mengenai Sleeping Mask

❔1) Bila nak gunakan Sleeping Mask dalam skincare routine?
- Gunakan pada step yang akhir sekali

❔2) Bolehkah gunakan Sleeping Mask pada waktu siang?
- Boleh, sekiranya Sleeping Mask tersebut mampu membekalkan kelembapan yang mencukupi kepada kulit awak

❔3) Bolehkah kita menggunakan Sleeping Mask setiap hari?
- Sleeping Mask digunakan 2-3 kali seminggu, tapi awak boleh gunakannya sebagai pengganti pelembap selagi ia tidak memberikan negative effect pada kulit awak

❔4) Adakah kita perlu mencuci muka setelah menggunakan Sleeping Mask?
- Ya setelah awak membiarkan Sleeping Mask sepanjang malam, awak perlu membasuh muka pada keesokkan pagi kerana ia akan kurangkan risiko untuk breakout

❔5) Adakah kita perlu menggunakan moisturiser sebelum menggunakan Sleeping Mask
- Tak perlu tapi jika awak merasakan kelembapan yang dibekalkan Sleeping Mask tersebut tak mencukupi awak boleh gunakan moisturiser sebelum menggunakan Sleeping Mask

🌟Anyway apa Sleeping Mask kegemaran korang? Dan kenapa awak sukakan Sleeping Mask tersebut? Komen dekat bawah❤

Featuring - Laneige Water Sleeping Mask bought from @myadore.my

Comments

Popular Posts